WELCOME

Thanks For Visiting My Blog. This Is No Limit And No Rules Area. Do What You Wanna Do, It's Up To You. But Just Remember : Don't Ever Break 4 Things In Your Life - Trust, Promise, Relation &Heart Because When They Broke, They Don't Make Noise BUT Pains A Lot. -Stellie Bryan Junaidi-

Monday, March 2, 2009

Kenapa Saya Penat buat kerja?

wahh...laaamaaa tidak buat post ni....tapi tidak apa...
hari ni biar saya cerita panjang-panjang sikit...
Ok...Tajuk untuk hari ni baru saya dapat tahu...jadi renung-renungkanlah...

Kenapa saya penat buat kerja?

Selama beberapa tahun saya telah merungut sebab kurang
tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan
tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku
(the real reason) :


Saya kepenatan kerana terlebih kerja... Mahu tau kenapa?
Di bawah ini saya akan tunjukkan kenapa saya ada
beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan
bukan rekaan semata-mata :

Populasi penduduk Malaysia sekarang mencecah 23 juta
orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta
orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll). termasuklah budak2 di UMS

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan
yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...
tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur
dan takder kerja surirumah, pekerja yang kena VSS,
orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja
dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh
Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital
kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di
seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah you n me...

Dari dua orang ini... Kau SEKARANG INI masih duduk
depan komputer, main internet, main games,
membaca email, main chat, memblogging dan tidak buat kerja
langsung... jadi tinggallah saya sorang yang buat kerja
dalam Malaysia nie... MACAMANA SAYA TIDAK PENAT?!!

Jadi tolong-tolong la!!! pi buat kerja!!!


P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya,
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Takkan tu pun mahu saya yang p rujuk!!!

No comments: